Looks aren't everything. Believe me, I'm a model. | Cameron Russell | TED
TED
0:00 Translator: Afiqah Zaihan Reviewer: Amirul Iman
0:15 Hai, nama saya Cameron Russell
0:18 dan selama beberapa tahun ini, saya merupakan seorang peragawati.
0:24 Sebenarnya, untuk 10 tahun.
0:28 Saya rasa ada sedikit
0:30 ketegangan dalam dewan ini sekarang
0:33 kerana saya tak sepatutnya pakai gaun ini.
0:35 (Ketawa) Nasib baik saya ada bawa baju salin.
0:39 Pertama kali, ada babak salin baju di pentas TED.
0:43 Jadi, saya kira anda agak beruntung untuk saksikannya.
0:46 Jika ada wanita yang takut bila saya tampil,
0:49 tak perlu cakap sekarang sebab saya akan temuinya nanti di Twitter.
0:52 (Ketawa) Saya juga sedar yang saya agak bernasib baik
0:59 kerana dapat mengubah apa yang anda fikirkan terhadap saya
1:02 dalam masa sesingkat 10 saat.
1:05 Bukan semua orang dapat lakukannya.
1:08 Kasut tumit tinggi ini sangat tak selesa, lebih baik saya tanggalkannya.
1:14 Bahagian paling teruk ialah memakai baju panas ini
1:17 sebab anda akan gelakkan saya
1:19 Jadi, jangan buat apa-apa semasa ia di kepala saya.
1:23 Baik.
1:26 Jadi, kenapa saya buat begitu?
1:28 Ia terasa janggal.
1:30 (Ketawa) Jadi— (Ketawa) Harapnya tidak sejanggal gambar itu.
1:40 Imej sangat hebat.
1:43 Namun, imej juga sekadar luaran.
1:48 Saya baru sahaja berubah kepada apa yang anda fikirkan dalam masa 6 saat.
1:52 Dan dalam gambar ini,
1:54 saya tak pernah ada langsung teman lelaki sebenarnya.
1:57 Saya sangat tak selesa
1:59 dan jurugambar tetap suruh saya untuk lentikkan badan
2:02 dan letakkan tangan pada rambut lelaki itu.
2:06 Selain pembedahan dan tan palsu yang saya
2:09 dapatkan dua hari yang lalu untuk kerja,
2:11 tak banyak dapat kita ubah rupa kita.
2:15 Walaupun rupa paras itu cumalah luaran dan tidak berubah,
2:18 tapi ia mempunyai impak yang besar dalam hidup kita.
2:23 Hari ini bagi saya, jadi tidak takut itu bermaksud menjadi jujur.
2:27 Dan saya berada di pentas ini kerana saya seorang peragawati.
2:30 Saya di pentas ini kerana saya orang putih yang cantik.
2:34 Dalam industri saya, kami gelarnya wanita seksi.
2:37 Saya akan menjawab persoalan yang sering ditanyakan
2:40 tapi dengan kejujuran.
2:41 Soalan pertama adalah bagaimanakah anda menjadi peragawati?
2:44 Selalunya saya jawab "Oh, saya ditawarkan,"
2:46 tapi itu tak menjelaskan apa-apa.
2:47 Cara sebenar saya jadi peragawati
2:50 adalah disebabkan genetik dan warisan.
2:54 Mungkin anda tertanya-tanya apakah warisan tersebut?
2:56 Beberapa abad yang lepas,
2:59 kecantikan ditentukan bukan sekadar sihat atau awet muda
3:04 atau dilahirkan berwajah simetri yang dikagumi
3:08 tetapi juga merangkumi tubuh yang tinggi lampai,
3:11 bersifat kewanitaan dan berkulit putih
3:15 Inilah warisan yang dibina untuk saya
3:17 yang saya mendapat keuntungan daripadanya.
3:19 Saya tahu ada antara audiens
3:21 yang ragu-ragu dengan kenyataan ini
3:23 dan mungkin ada sesetengah fesyenista yang berkata
3:25 "Tapi Naomi, Tyra, Joan Smalls, Liu Wen."
3:28 Saya memuji pengetahuan anda tentang peragawati.
3:30 Sangat hebat.
3:31 (Ketawa) Tapi malangnya, saya perlu maklumkan anda yang pada tahun 2007,
3:36 seorang pelajar kedoktoran yang hebat dari NYU,
3:39 telah mengira kesemua model di pentas peragaan.
3:43 Dalam 677 orang peragawati yang diambil bekerja,
3:46 hanya 27 orang atau kurang daripada 4% bukan orang putih.
3:50 Soalan seterusnya yang sering orang tanyakan ialah
3:52 "Bolehkah saya jadi peragawati bila besar nanti?"
3:54 Jawapan pertama ialah, "Saya tak tahu.
3:56 Bukan saya yang menguruskannya."
3:58 Tapi jawapan kedua, yang saya begitu mahu beritahu kepada gadis-gadis ini ialah
4:02 "Kenapa?
4:02 Awak tahu?
4:03 Awak boleh jadi apa sahaja.
4:04 Awak boleh jadi Presiden Amerika Syarikat
4:06 atau pencipta internet seterusnya,
4:08 atau doktor pakar bedah jantung ninja pemuisi,
4:10 yang hebat kerana anda yang pertama."
4:13 (Ketawa) Jika selepas apa yang diberitahu ini, mereka masih berkata
4:17 "Tidak Cameron.
4:18 Saya mahu jadi peragawati"
4:19 Saya akan balas, "Jadilah majikan saya."
4:21 Sebab bukan saya yang uruskannya.
4:22 Kamu boleh jadi ketua penyunting bagi American Vogue
4:24 atau ketua eksekutif H&M atau Steven Meisel seterusnya.
4:28 Dengan mengatakan yang anda mahu jadi peragawati bila dewasa
4:30 adalah sama seperti mahu memenangi loteri apabila meningkat dewasa
4:34 Ia adalah luar kawalan anda dan ianya bagus,
4:37 dan ianya bukan laluan kerjaya.
4:39 Saya akan tunjukkan anda, pengalaman 10 tahun saya
4:43 kerana tidak seperti pakar bedah jantung,
4:45 ianya boleh dilakukan sekarang.
4:48 Jadi, jika jurugambar di sana,
4:51 pencahayaan pula di situ, contohnya HMI
4:53 dan klien cakap "Kami mahukan syot berjalan,"
4:55 Kaki akan melangkah dulu dan tangan ke belakang dan satu lagi ke depan,
4:59 kepala dipalingkan dan bergerak ke depan dan ke belakang
5:01 Buat begini dan pandang ke arah kawan khayalan anda.
5:04 300, 400 dan 500 kali.
5:06 (Ketawa) Ia akan tampak seperti ini.
5:10 (Ketawa) Harapnya kurang janggal daripada yang di tengah.
5:15 Saya pun tidak tahu apa yang berlaku di sana.
5:18 Malangnya, selepas anda habis persekolahan,
5:20 ada resume,sudah lakukan beberapa pekerjaan
5:21 anda tiada apa lagi untuk diperkatakan.
5:24 Jika anda cakap yang anda mahu jadi presiden Amerika Syarikat,
5:27 tapi di resume tertulis, 'Model Pakaian Dalam: 10 tahun'
5:29 orang akan mentertawakan anda
5:31 Soalan seterusnya adalah, "Adakah gambar dicantikkan?"
5:33 Ya, boleh kata kesemua gambar dicantikkan.
5:35 Tapi itu cuma komponen kecil daripada apa yang berlaku.
5:39 Ini gambar saya yang diambil buat pertama kalinya.
5:42 Juga buat pertama kali, saya pakai pakaian renang
5:44 Ketika itu juga, saya masih belum datang haid.
5:46 Saya sedar ianya sedikit peribadi tapi saya masih kecil ketika itu.
5:49 Inilah rupa saya bersama nenek beberapa bulan sebelumnya
5:54 Ini saya pada hari yang sama, gambar ini dirakamkan.
5:56 Kawan saya perlu ikut saya.
5:58 Ini saya di parti tidur beberapa hari sebelum penggambaran French Vogue
6:01 Ini pula dalam pasukan bola sepak untuk Majalah V.
6:06 Dan ini saya sekarang.
6:07 Saya harap anda nampak yang
6:09 gambar-gambar ini adalah bukan gambar saya.
6:11 Ia hanyalah ciptaan, yang dicipta oleh sekumpulan profesional,
6:16 penggaya rambut, artis solekan, jurugambar, penggaya,
6:19 dan kesemua pembantu mereka, sebelum dan selepas produksi
6:22 Mereka buat semua ini.
6:23 Ini bukan saya.
6:24 Baik, soalan seterusnya yang selalu orang tanya
6:27 "Adakah awak dapat barangan percuma?"
6:28 (Ketawa) Saya ada banyak sangat kasut tumit
6:30 tinggi tapi tak sempat untuk dipakai semua
6:32 kecuali yang tadi.
6:34 Benda percuma yang saya dapat ialah yang benar-benar percuma di realiti
6:37 sebab itulah kami tidak suka bercakap tentang ini.
6:40 Saya membesar di Cambridge
6:41 dan pernah sekali saya pergi ke kedai tapi lupa bawa duit
6:43 dan mereka beri saya sehelai gaun percuma.
6:46 Semasa remaja, saya pernah menaiki kereta dengan kawan
6:48 dia pemandu yang teruk dan telah melanggar lampu merah.
6:51 Kami diberhentikan.
6:52 Saya cuma ucapkan "Maaf, encik!" dan serta-merta kami terlepas.
6:57 Saya dapat benda percuma semata-mata kerana rupa saya,
7:00 bukan kerana siapa saya dan ada orang menanggung akibat
7:03 daripada rupa mereka, bukan kerana siapa mereka.
7:05 Saya tinggal di New York dan pada tahun lepas,
7:07 seramai 140,000 remaja telah ditahan dan diperiksa.
7:11 86% adalah orang kulit hitam dan orang Latin
7:14 Kebanyakannya para pemuda Hanya seramai 177,00 orang sahaja
7:17 lelaki kulit hitam dan Latin di New York.
7:19 Bagi mereka, "Saya akan ditahankah?" adalah bukan soalan
7:22 tapi "Berapa kali saya akan ditahan?
7:24 Bilakah saya akan ditahan?"
7:25 Semasa saya buat kajian untuk syarahan ini,
7:27 saya menemui gadis berumur 13 tahun di Amerika Syarikat,
7:30 53% daripadanya tidak suka badan mereka
7:33 dan jumlahnya meningkat ke 78% apabila berumur 17 tahun.
7:37 Baik, soalan terakhir yang orang tanyakan ialah
7:40 "Apa rasanya jadi peragawati?"
7:41 Saya rasa jawapan yang mereka mahukan ialah
7:44 "Kalau kamu kurus dan ada rambut yang berkilau,
7:47 mesti kamu gembira dan seronok."
7:49 apabila di belakang pentas,
7:51 kami bagi jawapan yang lebih kurang begitu.
7:54 Kami cakap "Ianya sangat hebat dapat melancong dan bekerja
7:57 dengan orang yang kreatif, bermotivasi dan bersemangat."
8:00 Perkara itu benar tapi ia cuma separuh daripada kisah
8:03 kerana perkara yang kami tidak pernah beritahu,
8:05 yang saya tak pernah beritahu depan kamera ialah
8:08 "Saya rasa tergugat." Saya tergugat kerana terpaksa
8:12 fikir tentang rupa saya setiap hari.
8:15 Jika anda pernah tertanya-tanya
8:18 "Gembirakah saya, kalau ada paha yang kecil dan rambut yang berkilau?"
8:22 Anda perlu berjumpa dengan sekumpulan peragawati,
8:24 kerana mereka ada paha paling kecil, rambut paling berkilau,baju tercantik
8:27 dan secara fizikal mereka mungkin wanita yang paling tergugat di planet.
8:32 Semasa menulis syarahan ini,
8:33 saya rasa sangat susah untuk seimbangkan kejujuran
8:36 kerana pada masa yang sama,
8:38 saya berasa sangat tidak selesa untuk berkata
8:40 "Tengok.
8:40 Saya dapat semua ini berkat hasil titik peluh saya,"
8:44 Saya juga rasa tidak selesa untuk teruskan berkata
8:47 "dan Ia tak selalunya buat saya gembira."
8:49 Tapi selalunya ia susah untuk hapuskan warisan jantina dan penindasan kaum
8:55 bilamana saya antara pewaris terbesar.
8:59 Tapi saya juga gembira kerana dapat berada di sini
9:01 dan saya rasa baguslah yang saya datang sebelum
9:04 10,20 atau 30 tahun berlalu di mana saya sudahpun bekerja di banyak agensi
9:08 kerana saya mungkin tidak dapat ceritakan cara saya dapatkan kerja
9:11 atau cara saya cari duit untuk belajar
9:14 yang dianggap sangat penting pada masa kini.
9:17 Jika syarahan ini sudah selesai,
9:19 saya harap kita semua lebih selesa untuk akui
9:22 kesan imej kepada gambaran kejayaan.
9:26 dan kegagalan kita.
9:28 Sekian.
9:30 (Tepukan)